Seperti yang kita maklum, sekarang semakin banyak kemalangan boleh berlaku akibat kecuaian kita sendiri maka dengan itu, untuk sesi pembelajaran kali ini Miss Ina dan beberapa pensyarah lain telah memberikan beberapa tips agar kita dapat memberikan pertolongan cemas kepada pesakit.
Itulah yang kitorang belajar untuk minggu ini. Pada ekonomi sekarang, wajar untuk kita tahu pengetahuan am antaranya ialah pertolongan cemas yang mampu untuk melengahkan sedikit masa semasa paramedik dalam perjalanan untuk sampai ke temlat kejadian.
Gambar menunjukkan Sufiah telah dirawat oleh Afiqah. Tangan Sufiah patah...jadi kenalah anduh tangan tu supaya tangan Sufiah tak bergerak terlalu banyak untuk mengelahkan kecederaan yang semakin parah. Madam Ina memberikan tunjuk ajar dalam pemakaian kain anduh.
image taken: http://kmkelantanfamily1617.blogspot.my/2016/08/tugasan-bantu-mula.html |
image taken: http://kmkelantanfamily1617.blogspot.my/2016/08/tugasan-bantu-mula.html |
Maksud
KEPATAHAN
> Merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami
oleh mangsa kemalangan.
Maksud
TERSELIUH
> Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan
mengejut
kecederaan patah dalaman
|
Kecederaan terseliuh
|
Kecederaan kepatahan tulang di dalam dan tiada kecederaan berlaku terhadap kulit
|
Merupakan kecederaan yg berlaku secara kuat dan mengejut yg berlaku pada sendi tulang seseorang individe
|
Terasa sakit pada tulang yang patah
Anggota tulang yang patah tidak dapat digerakkan
Tulang yang patah tidak berada di dalam bentuk yg normal
|
Merasa kesakitan , bengkak dan lebam pada bahagian yg terseliuh
Anggota yang terseliuh dpat bergerak tp masih menyakitkan
Pop kedengaran di tempat terseliuh
|
Sokong tempat yg patah dengan penyokong seperti anduh
Dapatkan bantuan seperti pakar
|
Rawat dgn pek ais di tempat terseliuh
Balut tempat terseliuh utk elak kecederaan yg lebih serius
|
T.O.T.A.P.S
T(talk)
-bercakap bg menenangkan mangsa
O(Observe)
-pemerhatian utk memastikan tanda2 kecederaan atau tindak balas
T(touch)
-sentuhan untk menentukan tahap kesakitan dan bahagian yg tercedera
A(active)
-pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa sendiri, sekiranya ada kesakitan, beri rawatan pertolongan cemas
P(Passive)
-pembantu mula memulakan pergerakan pasif dgn perlahan-lahan pada bahagianyg cedera melalui julat pergerakan yg normal
S(Skill test)-menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan
Prinsip asas ialah R.I.C.E.
Prinsip asas ialah R.I.C.E.
R –
‘R’ Untuk ‘Rest’ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan
rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak
rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I –
‘I’ Untuk ‘Ice’ bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais
di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini
boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan
rasa sakit.
C –
‘C ’ - Untuk ‘Compression’ bermaksud memberikan tekanan. Balut
bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak.
Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan
proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E –
‘E’ Untuk ‘Elevation’ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu
bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu
mengurangkan bengkak/oedema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap
mungkin

Jenis Balutan Anduh

Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.

Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Anduh besar/ Anduh lengan
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
#Safwatul Nabilah Binti Zakaria (MS1624637345)
Alright. Terbaek
ReplyDelete